Tuesday, 18 December 2012

Thursday, 13 December 2012

Lawatan ke Stesen Projek Kemajuan Pertanian Luahan

Pada 13hb Disember 2012, Kelab ahli Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Stesen Projek Kemajuan Pertanian Luahan yang terletak di Kampung Jerudong. Lawatan sambil belajar ini telah dihadiri oleh 30 orang ahli Kanak-Kanak dan Muda-Mudi serta 6 orang pegawai dan kakitangan Perpustakaan Sengkurong. Lawatan sambil belajar ini telah diadakan bersempena dengan Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan IV 2012.

CIMG4558
Pegawai dari stesen tersebut, Pengiran Haji Duraman bin Pengiran Damit, Penolong Pegawai Pemuliharaan Ternakan memberi penerangan ringkas.

Wednesday, 12 December 2012

Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan IV 2012 - Bengkel

Pada 8hb Disember 2012, satu bengkel untuk ahli Muda-Mudi telah diadakan bersempena dengan Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan IV 2012. Dalam bengkel ini, ahli Muda-Mudi telah diajar untuk membuat tempat pengantungan jam, barang kemas dan lain-lain lagi. Tenaga pengajar bagi bengkel ini ialah kakitangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong sendiri.

2012-12-08-645 2012-12-08-646
Sebahagian daripada ahli Muda-Mudi yang tekun mengikuti bengkel tersebut.

Tuesday, 4 December 2012

Monday, 3 December 2012

Hari Pertama Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan IV 2012.

Assalamualaikum. Seperti yang lazimnya yang telah dilakukan setiap tahun, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah mengadakan aktiviti interaktif bagi ahli Muda-Mudi dan Kanak-Kanak sempena Cuti Penggal Persekolahan IV pada bulan Disember yang bermula pada 1hb Disember 2012 dan akan berakhir pada 13hb Disember 2012.

2012-12-01-571
Mengisi buku kedatangan sebelum bermulanya aktiviti.

Sunday, 2 December 2012

Aktiviti Perkampungan 2012 Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum. Pada 29hb November 2012, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Aktiviti Perkampungan 2012 yang telah diadakan di Pantai Seri Kenangan, Daerah Tutong. Aktiviti ini telah dihadiri oleh semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di Negara Brunei Darussalam.

CIMG4429
CIMG4431
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah menghantar 22 orang wakil ke aktiviti tersebut yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Sengkurong.


Wednesday, 14 November 2012

Tahun Baru Hijrah 1434

Assalamualaikum. Sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1434, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong akan menutup perkhidmatan perpustakaan lebih awal dari masa yang sedia ada untuk memberi laluan kepada pegawai dan kakitangan perpustakaan untuk menghadirkan diri ke masjid bagi sama-sama mengikuti doa akhir tahun Hijrah dan juga doa awal tahun Hijrah serta sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang akan berlangsung pada hari Rabu, 14 November 2012.

Sehubungan dengan itu, perpustakaan akan ditutup pada pukul 4.30 petang. Dan perpustakaan juga akan ditutup perkhidmatannya sepanjang hari pada 15 November 2012 kerana Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1434.

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong akan dibuka semula seperti biasa pada hari Sabtu, 17 November 2012 pada pukul 9.00 pagi. Sekian harap maklum.

Perjumpaan Kelab Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong sempena Hari Perkampungan 2012

Assalamualaikum. Kelab Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong akan mengadakan perjumpaan pada hari Sabtu, 17 November 2012 bermula pada pukul 2.30 petang hingga pukul 4 petang. Tujuan utama perjumpaan ini diadakan ialah untuk membincangkan aktiviti yang akan dikelolakan oleh Kelab pada Hari Perkampungan 2012 yang akan diadakan pada hari Khamis, 29 November 2012.

Sehubungan dengan itu, Kelab ini ingin menjemput mana-mana ahli sah Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong yang mempunyai bakat dalam tarian, lakonan atau nyanyian serta ingin mengikuti perjumpaan ini, bolehlah hadir di hari dan masa yang telah ditetapkan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong.

Kepada mereka yang berminat tetapi bukan ahli Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong samaada Muda-Mudi atau Kanak-Kanak, bolehlah mendaftar menjadi ahli semasa waktu perkhidmatan perpustakaan dan pendaftaran adalah percuma. Kepada mereka yang sudah menjadi ahli Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan selain Sengkurong dialu-alukan untuk mengikuti perjumpaan ini tanpa perlu membuat pendaftaran.

Thursday, 8 November 2012

Penempatan Kerja Penuntut BDTEV National Diploma in Information and Library Management.

Assalamualaikum. Bermula dari 3 November 2012 hingga 14 November 2012, seorang pelajar dari Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal yang belajar didalam jurusan BDTVEC National Diploma in Information and Library Management akan ditempatkan di Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka.

2012-11-08-423
Awang Muhamad Zulmuqri bin Haji Tamain / Jamain (kanan) akan ikut bergerak ke persinggahan-persinggahan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.

Peraduan Pidato Memperkasa Budaya Membaca 2012

Pendahuluan

Pidato adalah salah satu media komunikasi yang berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Peraduan ini merupakan kesinambungan dari Peraduan Mari Bercerita yang dihasratkan akan dapat mengumpul remaja/muda-mudi yang berbakat dan berminat, sekaligus membiasakan mereka berpidato, berceramah atau bersyarah di khalayak dengan penuh keyakinan diri.

Peraduan ini akan dianjurkan oleh Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, dicadangkan akan diadakan setiap tahun sempena Hari Kemerdekaan atau sempena Hari Keputeraan sebagai salah satu projek tahunan.

Konsep

1) Dipersembahkan secara solo. Skrip pidato disediakan oleh peserta sendiri berpandukan tema yang ditentukan oleh penganjur.

2) Stail gaya persembahan/penyampaian bebas.

3) Kostum / palaian bebas tetapi kemas, sopan, tidak melanggar tatasusila Negara dan hukum ugama serta adat resam.

Matlamat

Menjadikan remaja/muda-mudi yang pintar, bijaksana, berwibawa, berwawasan, berdaya saing dan cemerlang.

Objektif

1) Menggalakkan remaja/muda-mudi minat membaca.

2) Wadah bagi remaja/muda-mudi dalam melahirkan minat, bakat dan kreativiti.

3) Membina semangat yakin dan percaya diri ketika berhujah di khalayak ramai.

4) Membentuk sahsiah dan personaliti remaja/muda-mudi yang cemerlang dan bijaksana.

Sebarang pertanyaan dan untuk mengetahui maklumat lanjut bagi peraduan ini bolehlah mengunjungi cawangan-cawangan terdekat Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuesday, 9 October 2012

Peraduan Forum Memperkasa Budaya Membaca Belia

Assalamualaikum. Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan Peraduan Forum Memperkasa Budaya Membaca Belia dengan bertemakan "Perpustakaan Pemangkin Wawasan 2035". Matlamat peraduan ini diadakan ialah untuk menjadikan generasi belia/remaja/muda-mudi di Negara Brunei Darussalam satu generasi yang akan membawa ke mercu kecermelangan dan kegemilangan Negara Brunei Darussalam.

Peraduan ini terbuka kepada belia/remaja/muda-mudi warganegara Brunei Darussalam dan penduduk tetap yang berumur diantara 12 tahun hingga 20 tahun pada hari Rabu, 14 November 2012. Mereka yang ingin mengikuti peraduan ini mestilah sudah menjadi ahli Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. Peraduan ini juga terbuka kepada kumpulan / pertubuhan / persatuan / maktab dan sekolah.

Borang penyertaan dan juga maklumat lanjut bagi peraduan ini bolehlah didapati di setiap cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di keempat-empat daerah. Tarikh tutup untuk menghantar borang ialah sebelum 14 November 2012.

Sunday, 30 September 2012

Tiada Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan

Assalamualaikum. Sempena dengan Cuti Penggal Persekolahan yang akan bermula pada 1hb September 2012, pihak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong ingin memaklumkan bahawa tiada aktiviti untuk ahli Muda-Mudi dan ahli Kanak-Kanak akan diadakan.

Ini kerana, sebahagian daripada ahli Muda-Mudi dan juga ahli Kanak-Kanak akan menghadapi peperiksaan besar yang akan diadakan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, pihak perpustakaan mengalu-ngalukan mereka yang ingin mengadakan perbincangan dan belajar secara berkumpulan kepada mereka yang akan menghadapi peperiksaan dengan menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong.

Pihak perpustakaan juga mengalu-ngalukan mereka yang ingin menghabiskan cuti penggal persekolahan dengan mengunjungi perpustakaan dan membaca buku-buku yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan.

Aktiviti-Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan untuk ahli Muda-Mudi dan Kanak-Kanak akan berlangsung seperti biasa pada cuti penggal persekolahan seterusnya iaitu pada bulan Disember.. Sekian, harap maklum.

Tuesday, 28 August 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433H

Assalamualaikum. Kami, pegawai dan kakitangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

CIMG4368
Kaunter peminjaman dihiasi dengan hiasan bunga, kad-kad raya dan cucul.

CIMG4367
Koridor menuju ke Perkhidmatan Sekolah dan Kanak-Kanak dihiasi dengan hiasan hari raya dan juga cucul.

Monday, 27 August 2012

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1433H/2012M bagi ahli Muda-Mudi dan Kanak-Kanak seluruh cawangan perpustakaan di Negara Brunei Darussalam.

CIMG4360
Senyum sebelum acara menganyam ketupat bermula.

Assalamualaikum. Pada 25hb Ogos 2012, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Pusat telah menjemput semua ahli Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka dari seluruh cawangan perpustakaan di Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang dilangsungkan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Pusat di Bandar Seri Begawan.

Semua jemputan dipelawa untuk menyertai beberapa pertandingan seperti menganyam ketupat, fesyen dan nyanyian. Salah seorang ahli Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong berjaya meraih tempat pertama bagi acara menganyam ketupat.

CIMG4361
Bersungguh-sungguh untuk memenangi acara ini.

Thursday, 9 August 2012

Majlis Ceramah Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran 1433 Hijrah / 2012 Masihi

Assalamualaikum. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong akan mengadakan Majlis Ceramah Ilmu Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran 1433 Hijrah / 2012 Masihi yang akan berlangsung pada 24 Ramadhan 1433H bersamaan dengan 13 Ogos 2012 iaitu pada hari Isnin. Majlis ini akan bermula pada pukul 9.30 pagi di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong.

Pihak perpustakaan sukacitanya menjemput orang ramai untuk sama-sama meramaikan majlis yang dilangsungkan diatas. Kehadiran abiskira amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Tuesday, 24 July 2012

Aktiviti Ahli Perpustakaan Muda-Mudi dan Kanak-Kanak di Perpustakaan Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2012

Assalamualaikum. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Bandar Seri Begawan akan mengadakan aktiviti yang dinyatakan diatas pada 7hb Syawal 1433H bersamaan 25hb Ogos 2012M iaitu pada hari Sabtu, bertempat di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Bandar Seri Begawan. Acara akan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari.

Antara aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut ialah;
  1. Pertandingan nyanyian dan lakonan [Muda-Mudi & Kanak-Kanak].
  2. Peraduan berbalas pantun Hari Raya [Muda-Mudi & Kanak-Kanak].
  3. Peraduan menganyam ketupat [Muda-Mudi & Kanak-Kanak].
  4. Pertandingan pakaian tercantik dan angun lelaki dan perempuan [Muda-Mudi & Kanak-Kanak].
  5. Teka gaya [Mudi-Mudi & Kanak-Kanak].
  6. Pertandingan masakan [Muda-Mudi]
Pengangkutan dari Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Bandar Seri Begawan masih lagi didalam peringkat perbincangan. Artikel ini akan dikemaskini dari masa ke semasa jika ada perubahan.

Bagi yang ingin mengikuti aktiviti ini, bolehlah mengisi borang dibawah ini;




Penempatan Kerja Penuntut BDTVEC Diploma Kebangsaan Dalam Informasi dan Pentadbiran Perpustakaan.

Assalamualaikum. Bermula dari 17hb Julai 2012 hingga 2 Ogos 2012, salah seorang penuntut Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal dari jurusan Diploma Kebangsaan dalam Maklumat dan Pentadbiran Perpustakaan akan ditempatkan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong, mengikut jadual penempatan kerja beliau.

2012-07-24-1383
Awang Muhamad Fauzi Bin Idris akan menimba pengalaman dan pengetahuan dalam operasi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong dan juga Perpustakaan Bergerak semasa penempatan kerja beliau.

Waktu beroperasi semasa bulan Ramadhan.

Waktu operasi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong semasa bulan Ramadhan bertukar seperti yang termaktub dibawah ini:

ISNIN hingga KHAMIS dan SABTU & AHAD
8 pagi hingga 2 petang.

Perkhidmatan peminjaman akan ditutup 15 minit sebelum perpustakaan ditutup.

Tuesday, 17 July 2012


Thursday, 7 June 2012

Kitar Semula

Assalamualaikum. Pada 7hb Jun 2012, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong dan Perpustakaan Bergerak telah mengitar semula 786 kilogram kertas termasuk surat khabar lama, kotak yang telah rosak dan juga sampah hasil daripada pembuatan tiket ahli dan juga kad buku. Sebuah syarikat tempatan telah dipanggil untuk mengangkut kertas-kertas yang ingin dikitar semula keluar daripada perpustakaan.

2012-06-07-1017
Salah seorang kakitangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong sibuk memindahkan longgokan surat khabar lama dari stor.

2012-06-07-1016
Timbangan yang digunakan untuk menimbang berat longgokan surat khabar.

2012-06-07-1018
Longgokan sampah yang terdiri daripada lebihan kertas yang dikumpul dari pembuatan kad ahli, pameran dan juga kad buku.

Monday, 4 June 2012

Lawatan dari Pelajar Sekolah Rendah Kasat ke Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak

Pada 4hb Jun 2012, semasa persinggahan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ke Sekolah Rendah Kasat, bas bergerak telah dilawat oleh sekumpulan pelajar sekolah tersebut yang belum pernah menaiki bas bergerak untuk mengalami sendiri operasi dan keadaan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.

2012-06-04-1001
Salah satu bas Perkhidmatan Perpustakaan yang dijadualkan singgah ke Sekolah Rendah Kasat pada hari tersebut.

2012-06-04-1000
Kumpulan pelajar ini diketuai oleh seorang guru pengawas.

2012-06-04-1004
Melihat buku-buku yang disediakan untuk dipinjam kepada ahli-ahli Perpustakaan Perkhidmatan Bergerak.

2012-06-04-998 2012-06-04-999
Tekun membaca buku-buku yang tersedia.

Wednesday, 30 May 2012

Lawatan dari Sekolah dari Singapura ke Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak

Assalamualaikum. Pada 30hb Mei 2012 semasa Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak singgah ke Sekolah Rendah Lambak Kanan di Simpang 49 di Lambak, Brunei Muara, Bas Bergerak telah dilawat oleh sebuah sekolah rendah dari negara Singapura.


CIMG4281
Sebahagian daripada pelajar-pelajar dari sekolah rendah Singapura yang menunggu giliran untuk melawat Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.

CIMG4270
Menaiki bas Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.

CIMG4272
Melihat buku-buku yang telah disediakan oleh Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.

CIMG4275
Penuh!

Tuesday, 29 May 2012

Aktiviti Interaktif sempena Cuti Persekolahan Penggal II 2012

Assalamualaikum. Seperti yang telah diadakan oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong secara lazimnya, Aktiviti Interaktif sempena cuti persekolahan penggal 2 akan berlangsung selama 5 hari iaitu pada 11Jun 2012 hingga 16 Jun 2012. Dibawah adalah jadual bagi aktiviti tersebut:

Tarikh Aktiviti Ahli Kanak-Kanak Aktiviti Ahli Muda-Mudi
11hb Jun 2012 Mewarna A & B Kraftangan Penanda Buku
12hb Jun 2012 Kata Carian Mengenal Dialek Brunei
13hb Jun 2012 Kraftangan Kad Hari Jadi Seni Khat
14hb Jun 2012 Mencari Gambar TersembunyiKuiz Warisan Brunei
16hb Jun 2012 Lawatan Lawatan

Aktiviti untuk ahli Kanak-Kanak akan diadakan pada sebelah pagi, bermula pada pukul 9 pagi hingga 11.00 pagi. Manakala bagi ahli Muda-Mudi, aktiviti akan diadakan pada sebelah petang, bermula pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Kecuali 16hb Jun 2012, aktiviti akan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga aktiviti selesai.

Ahli-ahli yang rajin mengikuti aktiviti yang dijalankan setiap hari bermula hari pertama hingga hari keempat akan diberikan keutamaan untuk mengikuti aktiviti pada hari kelima.

Sunday, 1 April 2012

Peraduan Cerita Berkumpulan 2012

Assalamaualaikum. Bahagian Perpustakaan, Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Peraduan Cerita Berkumpulan 2012 yang dibukakan kepada Ahli Muda-Mudi warganegara Brunei Darussalam dan penduduk tetap  yang berumur 12 hingga 20 tahun (lahir antara 1 Jun 1992 hingga 1 Jun 2012).

Tujua peraduan ini diadakan adalah untuk melahirkan remaja yang berpotensi dan berkebolehan menyampaikan cerita melalui seni lakon sekaligus meningkatkan penggunaan bahasa, mutu persembahan dan memupuk kerjasama dalam satu pasukan.

Borang-borang penyertaan bolehlah didapati di kaunter perkhidmatan peminjaman perpustakaan di seluruh negara. Skrip dan borang penyertaan hendaklah dihadapkan kepada pihak penganjur tidak lewat daripada 30 Mei 2012.

Lawatan dari Sekolah Rendah Jerudong

Assalamualaikum. Pada 24hb Mac 2012, 46 orang murid yang terpilih dari Sekolah Rendah Jerudong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong. Tujuan lawatan ialah bagi mendapatkan ilmu pengetahuan dan operasi perpustakaan sempena bulan bahasa inggeris Sekolah Rendah Jerudong.

CIMG4175
Sebahagian daripada pelawat dalam rombongan ini.

Saturday, 31 March 2012

Aktiviti-Aktiviti Interaktif Sempena Cuti Penggal Persekolahan Pertama bagi Tahun 2012

Assalamualaikum. Sepanjang cuti persekolahan penggal pertama bagi tahun 2012, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Segkurong telah mengadakan beberapa aktiviti interaktif bagi ahli-ahli Kanak-Kanak dan juga ahli Muda-Mudi. Tujuan aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan ialah untuk mengisi musim cuti persekolahan mereka yang mengikuti aktiviti-aktiviti tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan berpengetahuan.

IMG_1401 IMG_1402 IMG_1409 IMG_1493 IMG_1477

Bengkel Potret Karikator Menjana Pendapatan

Pada 19hb Mac 2012 hingga 21hb Mac 2012 semasa cuti penggal persekolahan pertama bagi tahun 2012, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong telah menjemput 2 orang pelukis dari Dewan Bahasa dan Pustaka Berakas untuk mengendalikan Bengkel Potreet Karikatur untuk ahli-ahli Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

IMG_1464 IMG_1510
Sebahagian daripada Ahli Muda-Mudi yang mengikuti bengkel tersebut.


Lawatan ke Ibu Pejabat Kumpulan DST

Assalamualaikum. Pada 22hb Mac 2012, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Kumpulan DST sempena Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal Pertama bagi tahun 2012. Lawatan ini telah disertai oleh ahli-ahli Perpustakaan terpilih, iaitu 20 orang daripada ahli Kanak-Kanak dan 10 orang daripada ahli Muda-Mudi.

IMG_1664
Rombongan tiba di Ibu Pejabat Kumpulan DST pada pukul 8.30 pagi.


Saturday, 10 March 2012

Pelancaran Perpustakaan Bergerak Sekolah Rendah Rimba II

Assalamualaikum. Pada 3hb Mac 2012, Perpustakaan Bergerak telah membuka satu lagi persinggahan iaitu Sekolah Rendah Rimba II. Dengan penambahan satu lagi persinggahan, Perpustakaan Bergerak sekarang mempunyai 35 destinasi di Brunei Muara.

CIMG4094
Pegawai dan kakitangan dari Perpustakaan Bergerak.


Monday, 5 March 2012

Jadual Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal I 2012

Assalamualaikum. Perpustakaan Dewan Bahasa & Pustaka Sengkurong akan mengadakan aktiviti yang tersebut di atas semasa cuti persekolahan bulan Mac 2012. Aktiviti akan bermula pada 17hb Mac 2012 hingga 24 Mac 2012 dan terbuka kepada semua ahli-ahli kanak-kanak & muda-mudi Perpustakaan Dewan Bahasa & Pustaka Sengkurong.

Aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh Perpustakaan DBP Sengkurong ini dihasratkan untuk membuka minda dan pembentukan sahsiah diri kanak-kanak dan para remaja bagi menanamkan sifat minat membaca, mendekati perpustakaan, disiplin diri & sikap bersopan santun. Ahli kanak-kanak & muda-mudi Perpustakaan DBP Sengkurong bolehlah merujuk jadual aktiviti dibawah:

Tarikh Aktiviti Ahli Kanak-Kanak Aktiviti Ahli Muda-Mudi
17hb Mac 2012 Taklimat & Kuiz Tradisi Taklimat & Bijak IQ
19hb Mac 2012 Kraftangan Bengkel Grafitti
20hb Mac 2012 Mewarna A & B Bengkel Grafitti
21hb Mac 2012 Bina Kata Bengkel Grafitti
22hb Mac 2012 Lawatan Lawatan
24hb Mac 2012 Lawatan Karangan Karangan Lawatan


Aktiviti Ahli Kanak-Kanak akan bermula pada sebelah pagi iaitu pada pukul 9 pagi manakala Aktiviti Ahli Muda-Mudi bermula pada waktu petang iaitu pada pukul 2 petang.

Untuk keterangan lanjut, abiskita boleh berjumpa dengan pegawai bertugas di kaunter Perpustakaan DBP sengkurong. Kepada mereka yang ingin mengikuti aktiviti-aktiviti yang diadakan ini dan belum lagi menjadi ahli Perpustakaan DBP Sengkurong, bolehlah mendaftarkan keahlian di Perpustakaan DBP Sengkurong semasa waktu operasi. Sekian.

KELUARGA RIANG, MASYARAKAT CEMERLANG, NEGARA TERBILANG.

Wednesday, 29 February 2012

Peraduan Mewarna Logo-Logo Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2012

Assalamualaikum. Pada 26hb Februari 2012, telah diadakan Peraduan Mewarna Logo-Logo Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2012 sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 28 tahun. Peraduan telah diadakan di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan. Seramai 474 peserta telah menyertai peraduan ini. Peraduan ini dibahagikan kepada 2 kategori: Kategori A bagi yang berumur 6 tahun hingga 8 tahun sementara kategori B bagi yang berumur 9 tahun hingga 12 tahun.

CIMG4012
Sebahagian daripada peserta yang menyertai peraduan tersebut.

Saturday, 25 February 2012

Pesta Buku Brunei 2012

2012-02-25T14-40-03

Tuesday, 14 February 2012

Acara Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2012.

Assalamualaikum. Pada 12hb Februari 2012 yang lepas, ahli Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong telah dijemput untuk menghadiri Upacara Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2012 sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-28 tahun.

CIMG3990
Acara diadakan di hadapan kawasan lapang Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddien Waddaulah di Bandar Seri Begawan.


CIMG3988
Ahli-ahli Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka yang menghadiri upacara tersebut.

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong yang berkesudian menghadiri upacara gilang-gemilang tersebut.

Thursday, 12 January 2012

Peraduan Mewarna Logo-Logo Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

Assalamualaikum. Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Peraduan Mewarna Logo-Logo Hari Kebangsaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-28 tahun.

Peraduan akan diadakan pada 26hb Februari 2012 (Ahad) di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Peraduan bermula pada pukul 8.00 pagi.


Tujuan peraduan ini diadakan ialah untuk membentuk generasi kanak-kanak yang sentiasa mendampingi perpustakaan untuk mencari dan menimba ilmu. Menjadikan golongan kanak-kanak terlatih untuk hidup berorganisasi dan mematuhi segala perintah dan arahan. Selain itu, untuk membentuk sahsiah dan personaliti kanak-kanak yang berwawasan, komited dan berdaya saing dalam segenap lapangan serta menanamkan semangat cinta kepada bangsa dan negara di kalangan kanak-kanak.

Borang-borang untuk mengikuti peraduan ini bolehlah didapati di cawangan perpustakaan yang berhampiran dan setiap peserta hendaklah menjadi ahli kepada Perkhidmatan Perpustakaan Kanak-Kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayan Belia dan Suka, Negara Brunei Darussalam.

Perpustakaan Bergerak ke Sekolah Rendah Kasat.

09012012473 09012012474 09012012476

Thursday, 5 January 2012

Peraduan Mari Bercerita 2012

Assalamualaikum. Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan pertandingan Mari Bercerita bagi tahun 2012 yang dibukakan kepada Ahli Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh negara.

Tujuan.
1) Memupuk semangat membaca di kalangan kanak-kanak.
2) Menjadikan gambar sebagai sumber inspirasi, imaginasi, inisiatif dan kreativiti semasa menyampaikan cerita.
3) Melahirkan idea dan pemikiran secara spontan dan membiasakan kanak-kanak petah dan lancar dalam menyampaikan cerita.
4) Menyediakan arena latihan kepada kanak-kanak supaya berani di khalayak ramai.

Borang untuk menyertai pertandingan ini bolehlah diambil di setiap sekolah rendah dan hendaklah dihantar tidak lewat pada Hari Khamis, 2 Februari 2012 dan dihantar ke cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka terdekat.

Wednesday, 4 January 2012

Bengkel Pengurusan Jenazah bagi Ahli Muda-Mudi

Assalamualaikum. Pada 27hb Disember 2011, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Pusat di Bandar Seri Begawan telah menjemput semua Ahli Muda-Mudi dari seluruh cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di Negara Brunei Darussalam  untuk menghadiri Bengkel Pengurusan Jenazah.

CIMG3975
Bengkel di kelolakan oleh Haji Mohd. Burhanuddin bin Haji Damit, Imam Masjid Kampong Pulaie.

CIMG3982
2 ahli Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong yang mengikuti bengkel ini, Haji Muhd. Abd. Mukmin bin Haji Said dan Abdul Qudus bin Ali Yakub.
CIMG3978
CIMG3984 CIMG3986 CIMG3987 
#navbar { height: 0px; visibility: hidden; display: none; }