Pendahuluan
Pidato adalah salah satu media komunikasi yang berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Peraduan ini merupakan kesinambungan dari Peraduan Mari Bercerita yang dihasratkan akan dapat mengumpul remaja/muda-mudi yang berbakat dan berminat, sekaligus membiasakan mereka berpidato, berceramah atau bersyarah di khalayak dengan penuh keyakinan diri.
Peraduan ini akan dianjurkan oleh Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, dicadangkan akan diadakan setiap tahun sempena Hari Kemerdekaan atau sempena Hari Keputeraan sebagai salah satu projek tahunan.
Konsep
1) Dipersembahkan secara solo. Skrip pidato disediakan oleh peserta sendiri berpandukan tema yang ditentukan oleh penganjur.
2) Stail gaya persembahan/penyampaian bebas.
3) Kostum / palaian bebas tetapi kemas, sopan, tidak melanggar tatasusila Negara dan hukum ugama serta adat resam.
Matlamat
Menjadikan remaja/muda-mudi yang pintar, bijaksana, berwibawa, berwawasan, berdaya saing dan cemerlang.
Objektif
1) Menggalakkan remaja/muda-mudi minat membaca.
2) Wadah bagi remaja/muda-mudi dalam melahirkan minat, bakat dan kreativiti.
3) Membina semangat yakin dan percaya diri ketika berhujah di khalayak ramai.
4) Membentuk sahsiah dan personaliti remaja/muda-mudi yang cemerlang dan bijaksana.
Sebarang pertanyaan dan untuk mengetahui maklumat lanjut bagi peraduan ini bolehlah mengunjungi cawangan-cawangan terdekat Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
No comments:
Post a Comment