Penempatan Bekerja

Q: Adakah abiskita pelajar-pelajar dimana penempatan bekerja termasuk didalam pengajian abiskita?

A: Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong dan Perkhidmatan Perpustakaan dan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Daerah Brunei dan Muara membukakan peluang untuk pelajar-pelajar mengikuti Program Latihan Penempatan Kerja Perpustakaan di kedua-dua bahagian.

Q: Apakah Program Latihan Penempatan Kerja Perpustakaan?

A: Program Latihan Penempatan Kerja Perpustakaan ialah salah satu program dimana pelajar akan mengalami sendiri keadaan menyeluruh bekerja di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong dan Perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dan Muara. Para pelajar akan dilatih oleh warga kerja Perpustakaan sendiri dibawah penyeliaan Ketua Unit Perpustakaan.


IMG_3665
Bekerjasama dengan Ahli Kanak-Kanak didalam aktiviti.

Q: Apakah latihan-latihan yang terdapat di dalam program tersebut?

A: Di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong, para pelajar akan dilatih;

  1. Berinteraksi dengan pengunjung dalam memproses buku-buku dan bahan-bahan yang dipinjam dan dipulangkan oleh pengunjung, pencarian buku serta pemprosesan keahlian. Interaksi bedasarkan TPOR dan juga MIB negara kitani.
  2. Dilatih dalam kerja-kerja pentadbiran buku iaitu membuat pemeriksaaan & penyeneraian buku, melekatkan label pada buku, menyusun buku dan juga membaiki buku.
  3. Terlibat dalam acara-acara yang dijalankan oleh Perpustakaan samaada dalam pengurusan acara, penyediaan bahan atau barang untuk acara dan juga turut serta didalam acara tersebut.
  4. Membuat statistik peminjaman buku dan juga membuat statistik pengunjung ke perpustakaan.

 IMG_2387 Berinteraksi bersama kanak-kanak ketika Aktiviti Cuti Persekolahan yang diadakan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong.

Di Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Muara, pelajar akan;


  1. Ikut bas-bas Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak singgah di 39 tempat persinggahan di Daerah Brunei Muara. Semasa di tempat persinggahan, pelajar akan dilatih di dalam berinteraksi dengan pengunjung dalam memproses buku-buku dan bahan-bahan yang dipinjam dan dipulangkan oleh pengunjung serta pemprosesan keahlian. Interaksi bedasarkan TPOR dan juga MIB negara kitani.
  2. Pelajar juga akan dilatih untuk mempromosikan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Muara kepada mereka yang belum menjadi ahli di perkhidmatan tersebut taklimat ringkas.
  3. Dilatih dalam kerja-kerja pentadbiran buku iaitu membuat pemeriksaaan & penyeneraian buku, melekatkan label pada buku, menyusun buku dan juga membaiki buku.
  4. Membuat statistik peminjaman buku dan juga statistik peminjaman tempat persinggahjan.
  5. Ikut serta didalam aktiviti interaktif yang dijalankan oleh Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.

WP_20160125_10_15_57_ProMemproses peminjaman buku yang dipinjam oleh ahli Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak semasa membuat persinggahan bersama bas bergerak.


Pelajar akan disediakan jadual kerja sepanjang tempoh program dimana pelajar akan ditempatkan di kedua-kedua bahagian, samaada secara selang-seli atau sekaligus dalam sehari.

Q: Berapa lamakah Program Latihan Penempatan Kerja Perpustakaan?

A: Tempoh program ditetapkan atas persetujuan pelajar dan pihak pengajian pelajar dan program dibukakan sepanjang tahun. Waktu program ditetapkan pada waktu bekerja pegawai dan kakitangan Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Q: Adakah Program Latihan Penempatan Kerja Perpustakaan diiktiraf?

A: Program Latihan Penempatan Kerja Perpustakaan diiktiraf oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei sendiri dan satu sijil akan dikeluarkan pada hujung tempoh program sebagai pengiktirafan untuk pelajar yang berjaya mengikuti program sehingga tamat tempoh program.
IMG_3281

Q: Bagaimana memohon untuk mengikuti program tersebut?

A: Tempat pengajian pelajar dimestikan menulis surat memohon kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengikuti Program Latihan Penempatan Kerja Perpustakaan. Surat permohonan boleh lah dihantar di alamat dibawah:

Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei,

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Pustaka,
Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas,
BB3510,
Negara Brunei Darussalam.


Surat permohonan mestilah dihantar SEBULAN sebelum bermulanya program dan dinyatakan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong sebagai tempat penempatan.

No comments:

Post a Comment

#navbar { height: 0px; visibility: hidden; display: none; }