Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah menghantar 22 orang wakil ke aktiviti tersebut yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Sengkurong.
Rombongan bertolak dari Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong pada pukul 7 pagi dan sampai di Pantai Seri Kenangan pada pukul 8.00 pagi.
Sebelum aktiviti bermula.
Aerobik.
Menyanyikan lagu "Perpustakaanku".
Presiden Kelab Ahli Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong, Faten Shahmimi memberi kata semangat dan dorongan kepada ahli Kanak-Kanak yang akan mengikuti persembahan padang.
Persembahan padang oleh ahli Kanak-Kanak.
Beriadah di pantai dan taman permainan sementara menunggu bermulanya acara sukan ria.
Antara acara sukan ria ialah pertandingan membalut mummi diantara cawangan.
Acara mengisi air kedalam botol.
Acara mencari barang yang tersembunyi.
Bergambar ramai sebelum pulang.
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli Muda-Mudi dan juga ahli Kanak-Kanak yang sudi mewakili perpustakaan ke majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment