Monday, 3 December 2012

Hari Pertama Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan IV 2012.

Assalamualaikum. Seperti yang lazimnya yang telah dilakukan setiap tahun, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah mengadakan aktiviti interaktif bagi ahli Muda-Mudi dan Kanak-Kanak sempena Cuti Penggal Persekolahan IV pada bulan Disember yang bermula pada 1hb Disember 2012 dan akan berakhir pada 13hb Disember 2012.

2012-12-01-571
Mengisi buku kedatangan sebelum bermulanya aktiviti.


CIMG4531 CIMG4532
2012-12-01-574 2012-12-01-573
Menunggu bermulanya aktiviti.

2012-12-01-572
CIMG4530
Hajah Piah binti Haji Samsudin memberi penerangan ringkas tentang peraturan perpustakaan dan juga info aktiviti-aktiviti yang akan diadakan.

Hari pertama aktiviti dimulakan dengan Kuiz Peribahasa Brunei yang telah dikendalikan oleh Muhammad Hishamuddin bin Haji Latip, salah seorang kakitangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong.

2012-12-01-575 2012-12-01-576 2012-12-01-577
Antara yang hadir untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan pada hari pertama.

CIMG4535
Bagi Kategori A, tempat pertama telah dimenangi oleh Ak. Nazeeb bin Pg. Nazri.

CIMG4534
Tempat kedua bagi Kategori A pula telah dimenangi oleh Isma Syahami bin Masuni.

CIMG4533
Manakala tempat ketiga bagi Kategori A pula disandang oleh Nur Alya Nabilah binti Haji Suhaimi.

CIMG4538
Bagi Kategori B pula, tempat pertama disandang oleh Miza Syazwina binti Md. Jusri.

CIMG4537
Tempat kedua bagi Kategori B disandang oleh Nor Suhaimin bin Namit.

CIMG4536
Manakala tempat ketiga bagi Kategori B pula disandang oleh Izzah Syazwani binti Md. Jusri.

Pihak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menghadiri aktiviti ini. Bagi yang tidak bernasib baik, bolehlah mencuba lagi sepanjang aktiviti interaktif ini dijalankan.

No comments:

Post a Comment

#navbar { height: 0px; visibility: hidden; display: none; }