Thursday, 13 December 2012

Lawatan ke Stesen Projek Kemajuan Pertanian Luahan

Pada 13hb Disember 2012, Kelab ahli Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Stesen Projek Kemajuan Pertanian Luahan yang terletak di Kampung Jerudong. Lawatan sambil belajar ini telah dihadiri oleh 30 orang ahli Kanak-Kanak dan Muda-Mudi serta 6 orang pegawai dan kakitangan Perpustakaan Sengkurong. Lawatan sambil belajar ini telah diadakan bersempena dengan Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan IV 2012.

CIMG4558
Pegawai dari stesen tersebut, Pengiran Haji Duraman bin Pengiran Damit, Penolong Pegawai Pemuliharaan Ternakan memberi penerangan ringkas.


CIMG4576
Berpeluang melihat binatang ternak yang dijaga disini secara dekat.

CIMG4569 CIMG4577
Mencuba memegang salah seekor binatang ternak.

CIMG4574
Mendengar penerangan dari kakitangan disana tentang penyediaan makanan untuk binatang-binatang ternakan di stesen tersebut.

CIMG4582
Berpeluang memberi minum susu menggunakan botol kepada anak kambing.

CIMG4583
Menjejakkan kaki kedalam kandang kambing.

CIMG4585
Mencuba memegang kambing yang jinak.


CIMG4587
Bergambar ramai didepan kandang kambing.

CIMG4589
Ak. Muhammad Izzan bin Pg. Hj. Idris selaku wakil dari Kelab Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong memberikan sedikit ucapan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan Stesen Projek Kemajuan Pertanian Luahan.

CIMG4590
Pengiran Haji Duraman bin Pengiran Damit (kiri) selaku wakil dari Stesen Projek Kemajuan Pertanian Luahan menerima hadiah penghargaan dari Ketua Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong, Hajah Nispah binti Haji Salleh.

Pihak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan dari Stesen Projek Kemajuan Pertanian Luahan kerana berkesudian menerima lawatan sambil belajar untuk Kelab Ahli Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Sengkurong.

No comments:

Post a Comment

#navbar { height: 0px; visibility: hidden; display: none; }