Saturday, 31 March 2012

Lawatan ke Ibu Pejabat Kumpulan DST

Assalamualaikum. Pada 22hb Mac 2012, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Kumpulan DST sempena Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal Pertama bagi tahun 2012. Lawatan ini telah disertai oleh ahli-ahli Perpustakaan terpilih, iaitu 20 orang daripada ahli Kanak-Kanak dan 10 orang daripada ahli Muda-Mudi.

IMG_1664
Rombongan tiba di Ibu Pejabat Kumpulan DST pada pukul 8.30 pagi.



IMG_1574
Rombongan telah disambut oleh wakil bagi Kumpulan DST untuk lawatan ini, sekaligus diberi taklimat tentang keselamatan di bangunan tersebut selain daripada menerangkan beberapa produk yang disediakan oleh Kumpulan DST.

IMG_1581
Ahli Muda-Mudi Perpustakaan Sengkurong, Muhammad Hidayatil Hadi bin Zailan menerima cenderamata dari Kumpulan DST.

IMG_1596
Seterusnya, pihak Kumpulan DST membawa pelawat ke Tingkat 12 bangunan Kumpulan DST.

IMG_1603
Wakil dari Kumpulan DST memberi taklimat berkenaan tingkat 12 bangunan Kumpulan DST.

IMG_1608
Seterusnya rombongan dibawa melawat ke tingkat 11. Di tingkat 11 ini terletaknya pejabat bagi Panggilan 151. Sebelum memasuki pejabat tersebut, rombongan diberi taklimat fungsi-fungsi Unit Panggilan 151.

IMG_1613
Rombongan melihat sendiri operasi Unit Panggilan 151.

IMG_1624
Seterusnya rombongan dibawa melawat ke stesen radio kepunyaan Kumpulan DST, Kristal FM.

IMG_1626
Rombongan berpeluang melihat sendiri bagaimana stesen radio tersebut berfungsi secara lintas langsung.

IMG_1645
DJ yang bertugas mewancara salah seorang kakitangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong.

IMG_1690
Bergambar ramai bersama-sama kakitangan dan pegawai dari Kumpulan DST.
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan DST kerana memberi kebenaran kepada ahli-ahli Kanak-Kanak dan Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong melawat bangunan Kumpulan DST serta memberi pengalaman dan pengetahuan yang berguna.

No comments:

Post a Comment

#navbar { height: 0px; visibility: hidden; display: none; }