Assalamualaikum. Pada 19hb November yang lalu, satu rombongan dari Sekolah Rendah Pengkalan Batu, terdiri daripada 40 orang murid-murid dan 4 orang guru telah melawat Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong. Kedatangan mereka disambut oleh Pemangku Ketua Cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong, Hajah Siti Khalizah binti Hj Hidupbuddin.
Lawatan dimulakan dengan pelawat diberikan taklimat tentang fungsi dan sejarah Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong. Taklimat disampaikan oleh Hajah Siti Khalizah binti Hj Hidupbuddin.
Sebahagian daripada rombongan pelawat mendengar taklimat yang diberikan.
Acara lawatan diserikan lagi dengan kuiz yang disampaikan oleh Attendan Perpustakaan, Norhamdianah binti Abriham.
Mencuba nasib.
Antara pelawat-pelawat yang berjaya menjawab soalan yang dikemukakan semasa acara kuiz. Mereka menerima hadiah, disampaikan oleh Hajah Khalizah binti Haji Hidupbuddin.
Bahagian Dewasa.
Bahagian Sumbangan.
Bahagian Rujukan.
Bahagian Kanak-Kanak.
Mencuba nasib.
Antara pelawat-pelawat yang berjaya menjawab soalan yang dikemukakan semasa acara kuiz. Mereka menerima hadiah, disampaikan oleh Hajah Khalizah binti Haji Hidupbuddin.
Selepas selesai aktiviti kuiz, pelawat dibawa melawat kesemua tempat pelawat di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong, diketuai oleh Hajah Khalizah binti Haji Hidupbuddin.
Bahagian Dewasa.
Bahagian Sumbangan.
Bahagian Rujukan.
Bahagian Kanak-Kanak.
Jamuan diadakan untuk rombongan pelawat sebelum rombongan pelawat pulang.
Berdoa beramai-ramai sebelum menjamu selera.
Pihak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan pelawat yang berkesudian membuat lawatan yang berfaedah ini terutamanya dari Sekolah Rendah Pengkalan Batu kerana memberikan peluang kepada murid-muridnya untuk lebih mengetahui operasi dan keadaan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong. Kami berharap, dari lawatan ini, pelawat-pelawat akan lebih tertarik lagi untuk menggunakan khidmat Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong.
No comments:
Post a Comment