Assalamualaikum. Pada 24hb November 2011, seramai 85 orang murid dan 10 orang tenaga pengajar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong. Kedatangan mereka disambut oleh Pemangku Ketua Cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong, Hajah Siti Khalizah binti Hj Hidupbuddin.
Lawatan dimulakan dengan pelawat diberikan taklimat tentang fungsi dan
sejarah Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong. Taklimat
disampaikan oleh Hajah Siti Khalizah binti Hj Hidupbuddin.
Sebahagian daripada rombongan pelawat mendengar taklimat yang diberikan.
Sebahagian tenaga pengajar dari Sekolah Rendah Beribi Telanai.
Acara lawatan diserikan lagi dengan kuiz yang disampaikan oleh Pembantu Perpustakaan, Muhammad Hishamuddin Haji Latip.
Mencuba nasib.
Selepas selesai aktiviti kuiz, pelawat dibawa melawat kesemua bahagian pelawat di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong.
Bahagian Dewasa.
Hajah Halimah binti Haji Awang Lajak (kiri) & Hajah Piah binti Haji Samsudin (tengah) dari Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong memberi taklimat terperinci kepada salah seorang tenaga pengajar dari Sekolah Rendah Beribi Telanai.
Bahagian Muda Mudi.
Sebahagian tenaga pengajar melihat buku-buku yang terdapat di Bahagian Muda-Mudi.
Hajah Siti Khalizah binti binti Hj Hidupbuddin memberi taklimat tentang penggunaan bilik siber di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Kanak-Kanak.
Jamuan diadakan untuk rombongan pelawat sebelum rombongan pelawat pulang.
Berdoa beramai-ramai sebelum menjamu selera.
Pihak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong mengucapkan
ribuan terima kasih kepada rombongan pelawat yang berkesudian membuat
lawatan yang berfaedah ini terutamanya dari Sekolah Rendah Beribi Telanai kerana memberikan peluang kepada murid-muridnya untuk lebih
mengetahui operasi dan keadaan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka
Sengkurong. Kami berharap, dari lawatan ini, pelawat-pelawat akan lebih
tertarik lagi untuk menggunakan khidmat Perpustakaan Dewan Bahasa dan
Pustaka Sengkurong.
No comments:
Post a Comment