Laluan Orang Kurang Upaya (OKU) dihadapan perpustakaan ditutup buat sementara waktu disebabkan bahagian struktur atap yang retak dan siling bocor.
Dari sudut hadapan bangunan.
Siling runtuh di tangga belakang. Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan tangga berhampiran dengan kaunter perkhidmatan untuk pergi ke tingkat 1.
Di tingkat 1 pula, sebahagian jubin pula rosak tetapi kawasan ini tidak ditutup. Pihak perpustakaan menasihati pengguna untuk berhati-hati ketika melalui atau menggunakan kawasan ini.
Pihak perpustakaan memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna-pengguna perpustakaan disebabkan kerosakan yang tidak dapat dielakkan yang berlaku di perpustakaan.
No comments:
Post a Comment