Assalamualaikum. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Tutong akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Miri pada 21hb Mac 2014 sempena Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal I 2014 perpustakaan tersebut. Perpustakaan DBP Cawangan Tutong telah menjemput Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong untuk mengikuti lawatan tersebut.
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong dengan ini membuka pendaftaran awal bagi orang ramai sekitar perpustakaan yang berminat untuk mengikuti lawatan tersebut terutamanya Ahli Dewasa dan Ahli Muda-Mudi yang berdaftar dimana-mana cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam. Bayaran sebanyak BND10 setiap seorang akan dikenakan untuk membayar sewa bas. Bayaran bolehlah dibuat ketika hari lawatan.
Bagi yang sudah berdaftar, bolehlah berkumpul di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Tutong pada hari lawatan sebelum pukul 7 pagi. Kepada mereka yang tidak tahu dimana letaknya Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Tutong, seorang kakitangan dari Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong akan menunggu abiskita di kawasan letak kereta Foodcourt Jerudong Park dari pukul 6.00 pagi hingga 6.30 pagi.
Untuk mendaftar secara dalam talian, sila isi borang pendaftaran melalui: http://sdrv.ms/1dPJMBd
Untuk membatalkan pendaftaran diatas, sila isi borang pembatalan pendaftaran melalui: http://sdrv.ms/1dPKMVX
Untuk keterangan lanjut, abiskita bolehlah menghubungi Perpustakaan melalui nombor telefon; 2671385 atau ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong semasa waktu perkhidmatan.
Tuesday, 21 January 2014
Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Miri
Wednesday, 15 January 2014
Kerosakan di Perpustakaan.
Assalamualaikum. Hujan lebat yang telah dan masih melanda negara kita, Negara Brunei Darussalam telah merosakkan sebahagian struktur perpustakaan. Walaupun kerosakannya begitu kecil, namun pihak perpustakaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup kawasan-kawasan yang boleh membahayakan pengguna.
Laluan Orang Kurang Upaya (OKU) dihadapan perpustakaan ditutup buat sementara waktu disebabkan bahagian struktur atap yang retak dan siling bocor.
Subscribe to:
Posts (Atom)