Sebuah bas dari Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak telah dijadualkan untuk memenuhi permintaan dari pusat tersebut. Sebelum bermulanya majlis, pegawai dan kakitangan dari Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah dipelawa untuk melawat bilik perpustakaan pusat tersebut.
Salah seorang tenaga pengajar pusat tersebut memberi penerangan ringkas berkaitan bilik perpustakaan tersebut.
Menerangkan sistem perpustakaan yang digunakan untuk pendaftaran buku-buku yang ada di perpustakaan tersebut.
Seterusnya, kakitangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah dijemput ke dewan serbaguna pusat tersebut untuk mengikuti salah satu sesi membaca dan interaksi diantara tenaga pengajar dan juga para pelajar.
Memberi penerangan berkaitan fungsi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka kepada para pelajar sebelum memulakan sesi soal jawab.
Sebaik sahaja selesai sesi soal jawab, pelajar-pelajar pusat tersebut telah dipelawa untuk melawat bas Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak .
Sebahagian daripada pelajar-pelajar dari pusat tersebut menaiki bas bergerak.
Sebahagian daripada tenaga pengajar pusat tersebut juga tidak melepaskan peluang untuk menaiki bas bergerak.
Ketua Unit Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong, Hajah Nispah binti Haji Salleh (kiri) menerima cenderamata penghargaan daripada Pemangku Ketua Pentadbiran pusat tersebut, Dayang Nurul Huda binti Awang Haji Muhin (kanan).
Sebelum pulang semula ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong, pusat tersebut telah menjemput pelawat untuk menonton video pendek berkaitan dengan sejarah penubuhan pusat tersebut serta operasi harian pusat tersebut.
Pihak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong dan juga Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam kerana berkesudian menjemput kami untuk sama-sama menjayakan majlis yang begitu berfaedah kepada pelajar-pelajar pusat tersebut.
No comments:
Post a Comment