Mendengar penerangan dari Pemangku Ketua Unit Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong, Hajah Piah binti Haji Samsudin.
Thursday, 12 December 2013
Lawatan ke Taman Botani Taman Agroteknologi Kampong Tungku
Assalamualaikum. Sempena Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV 2013, salah satu aktiviti yang dijalankan ialah lawatan ke Taman Botani Taman Agroteknologi Kampong Tungku. Seramai 13 ahli Kanak-Kanak dan 3 kakitangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah ikut serta didalam lawatan tersebut.
Bahan-bahan dari Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV 2013
Assalamualaikum.
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa atau penjaga yang berkesudian untuk menghantar anak-anak abiskita ke perpustakaan untuk mengikuti aktiviti yang telah dijalankan.
Sehubungan dengan itu, sebahagian bahan-bahan yang telah digunakan semasa aktiviti dijalankan kini boleh abiskita muat-turun melalui pautan ini; http://perp-sengkurong-perp-bergerak-dbp.blogspot.com/p/bahan-aktiviti.html
Untuk pengetahuan lanjut mengenai bahan-bahan yang digunakan semasa aktiviti, bolehlah menghubungi perpustakaan sewaktu waktu perkhidmatan melalui nombor 2671384 atau 2671385 atau melalui emel; dbpsengkurong@live.com atau melalui akaun Facebook: http://fb.me/PerpustakaanSengkurong
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa atau penjaga yang berkesudian untuk menghantar anak-anak abiskita ke perpustakaan untuk mengikuti aktiviti yang telah dijalankan.
Sehubungan dengan itu, sebahagian bahan-bahan yang telah digunakan semasa aktiviti dijalankan kini boleh abiskita muat-turun melalui pautan ini; http://perp-sengkurong-perp-bergerak-dbp.blogspot.com/p/bahan-aktiviti.html
Untuk pengetahuan lanjut mengenai bahan-bahan yang digunakan semasa aktiviti, bolehlah menghubungi perpustakaan sewaktu waktu perkhidmatan melalui nombor 2671384 atau 2671385 atau melalui emel; dbpsengkurong@live.com atau melalui akaun Facebook: http://fb.me/PerpustakaanSengkurong
Thursday, 5 December 2013
Perubahan Jadual Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV 2013
Assalamualaikum. Disebabkan kurangnya sambutan Ahli Muda-Mudi untuk mengikuti bengkel yang diadakan pada 5, 7 dan 9 Disember 2013, pihak perpustakaan mengambil kata putus untuk mentiadakan aktiviti bengkel tersebut.
Dengan ini, aktiviti untuk Ahli Kanak-Kanak yang dijadualkan untuk diadakan pada waktu petang kini diubah waktunya dan diadakan pada waktu pagi. Harap maklum.
Laporan Ringkas Bagi Hari Pertama Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV 2013
Assalamualaikum. Pada 4hb Disember 2013, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong memulakan Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV 2013 dengan aktiviti Melukis dan Mewarna bagi Ahli Kanak-Kanak dan aktiviti Sudoku bagi Ahli Muda-Mudi.
Hajah Piah binti Haji Samsudin, Pemangku Ketua Unit Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong memberi sedikit penerangan berkaitan Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV 2013 kepada Ahli-Ahli yang hadir.
Tuesday, 12 November 2013
Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV 2013
Assalamualaikum. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV 2013 yang akan diadakan pada 4 Disember 2013 hingga 11 Disember 2013. Aktiviti ini dibukakan kepada ahli Muda-Mudi dan ahli Kanak-Kanak yang berdaftar di mana-mana Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Perpustakaan juga akan mengadakan Bengkel Cerita Berkumpulan untuk ahli Muda-Mudi sepanjang aktiviti diadakan bermula pada 5hb Disember 2013 sehingga 9 Disember 2013. Ahli Muda-Mudi bolehlah mendaftar untuk mengikuti bengkel tersebut di SINI atau mengambil borang pendaftaran di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong.
Lawatan Kerja dari Sekolah Rendah Sahibul Bandar Mata-Mata, Gadong.
Assalamualaikum. Pada 30hb Disember 2013, 18 orang tenaga pengajar dari Sekolah Rendah Sahibul Bandar, Mata-Mata, Gadong telah membuat lawatan kerja ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong.
Sebahagian daripada guru-guru yang mendaftar untuk menjadi ahli Perpustakaan.
Saturday, 12 October 2013
Lawatan dari Tabika KEMAS
Assalamualaikum. Pada 12hb Oktober 2013, seramai 10 orang murid dari Tabika KEMAS dari Pendaruan Limbang, Malaysia telah membuat lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong. Murid-murid tersebut ditemani seorang guru dan ibubapa mereka.
Murid-murid dan juga ibu-bapa yang mengikuti lawatan tersebut.
Monday, 30 September 2013
Majlis Perpisahan bagi Pegawai & Kakitangan Pindah & Tamat Perkhidmatan
Assalamualaikum. Pada 30hb September 2013, pegawai dan kakitangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong dan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan majlis perpisahan bagi pegawai dan kakitangan yang diarahkan berpindah ke cawangan lain serta tamat perkhidmatan.\
Majlis diselajurkan dengan menyambut hari jadi kakitangan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka, Awang Saftu bin Mohammad yang akan menamatkan perkhidmatan pada 24hb Oktober 2013.
Saturday, 28 September 2013
Lawatan ke Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam
Assalamualaikum. Pada 26hb September 2013, Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka telah dijemput ke Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam bagi sama-sama menjayakan dan menyambut bulan celik untuk menggalakkan pelajar-pelajar kita untuk meneroka dan mengembara ke dunia buku.
Sebuah bas dari Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak telah dijadualkan untuk memenuhi permintaan dari pusat tersebut. Sebelum bermulanya majlis, pegawai dan kakitangan dari Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah dipelawa untuk melawat bilik perpustakaan pusat tersebut.
Salah seorang tenaga pengajar pusat tersebut memberi penerangan ringkas berkaitan bilik perpustakaan tersebut.
Saturday, 14 September 2013
Lawatan Dari Sekolah Seri Mulia Sarjana
Assalamualaikum. Pada 12hb September 2013, Sekolah Seri Mulia Sarjana telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong. Lawatan dibahagikan kepada 2 bahagian dimana kelas Tahun 5 A, B, C, D, E & F melawat pada waktu pagi manakala kelas Tahun G & H melawat pada waktu petang. Seramai 222 orang murid dan 14 orang tenaga pengajar telah menyertai lawatan tersebut.
Berbaris sebelum memasuki bangunan Perpustakaan.
Saturday, 22 June 2013
Bengkel Microsoft Excel & Microsoft Powerpoint
Assalamualaikum. Selama 3 hari bermula pada 18hb Jun 2013 hingga 20hb Jun 2013, seramai 15 orang ahli Muda-Mudi dari Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah mengikuti satu bengkel komputer bertajuk Bengkel Microsoft Excel & Microsoft Point anjuran perpustakaan. Seorang pegawai DBP telah didatangkan untuk mengajar mereka.
Bengkel tersebut telah diadakan di bilik siber perpustakaan.
Thursday, 20 June 2013
Lawatan dari Sekolah Seri Mulia Sarjana
Assalamualaikum. Pada 12hb Jun 2013, seramai 241 pelajar dari Sekolah Seri Mulia Sarjana telah membuat lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada pelajar Tahun 1 sekolah berkenaan.
Berbaris di perkarangan perpustakaan sebelum memasuki premis.
Tuesday, 30 April 2013
Hari Buku Sedunia 2013
Assalamualaikum. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah menyambut Hari Buku Sedunia 2013 di perpustakaan dengan mengadakan beberapa aktiviti untuk pelajar-pelajar sekolah. 2 buah sekolah telah dijemput ke perpustakaan bagi mengikuti aktiviti tersebut. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Ummi Kalthum Al-Islam Kampong Mulaut dan Sekolah Nusa Laila Puteri Beribi.
Sebahagian daripada pelajar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Ummi Kalthum Al-Islam Kampong Mulaut mengikuti aktiviti yang diadakan. Sekolah tersebut telah menghantar 32 pelajar untuk mengikuti aktiviti tersebut.
Wednesday, 20 March 2013
Laporan RTB: Majlis Penutup Bengkel Tatabahasa Bahasa Melayu 2013
Bengkel Tatabahasa Bahasa Melayu 2013
Assalamualaikum. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah menganjurkan bengkal tatabahasa Bahasa Melayu sempena Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal ke-1 2013 untuk Kelab Ahli Muda-Mudi dan Ahli Kanak-Kanak Perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong dan diadakan selama 3 hari.
Ahli Muda-Mudi yang mengikuti bengkel tersebut,
Thursday, 28 February 2013
Jadual Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan Penggal 1 2013
Peraduan Mencipta Perisian Membaca Dalam Multimedia
Assalamualaikum. Dewan Bahasa dan Pustaka dibawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mengadakan Peraduan Mencipta Perisian Membaca Dalam Multimedia sempena Memperkasa Budaya Membaca Tahun 2013. Peraduan ini adalah sebagai salah satu usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menyediakan prasarana melalui berbagai medium yang berbeza untuk menggalajjan membaca dalam kalangan masyarakat Brunei demi menyahut cabaran alaf baru di era globalisasi ini.
Pemenang pertama bagi peraduan ini akan menerima wang tunai sebanyak BND 3,000. Bagi pemenang kedua pula ialah wang tunai sebanyak BND 2,000 dan bagi pemenang ketiga pula ialah wang tunai sebanyak BND 1,000.
Mereka yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai peraduan ini, bolehlah mendapatkan borang penyertaan di kaunter peminjaman di setiap cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di Negara Brunei Darussalam atau bolehlah mendapatkannya di SINI. Tarikh akhir bagi mengembalikan borang dan juga perisian ialah pada 30 Mac 2013.
Saturday, 16 February 2013
Perkhemahan Dan Aktiviti Outward Bound Brunei 2013
Assalamualaikum. Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan aktiviti yang disebutkan diatas pada cuti penggal persekolahan pertama 2013 selama 2 hari 1 malam, bermula pada 18hb Mac 2013 hingga 19hb Mac 2012 di Perkhemahan Outward Bound Brunei Darussalam, Kuala Belalong, Daerah Temburong.
Aktiviti ini dibukakan kepada semua ahli Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka seluruh negara. Borang untuk menyertai aktiviti tersebut bolehlah diperolehi dari kaunter-kaunter Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh cawangan. Setiap peserta dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu sebanyak BND20.00 dan tarikh akhir bagi mengembalikan borang pendaftaran ialah 17hb Februari 2013.
Kepada yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti ini bolehlah terus ke kaunter Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka yang terdekat semasa waktu perkhidmatan.
Aktiviti ini dibukakan kepada semua ahli Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka seluruh negara. Borang untuk menyertai aktiviti tersebut bolehlah diperolehi dari kaunter-kaunter Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh cawangan. Setiap peserta dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu sebanyak BND20.00 dan tarikh akhir bagi mengembalikan borang pendaftaran ialah 17hb Februari 2013.
Kepada yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti ini bolehlah terus ke kaunter Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka yang terdekat semasa waktu perkhidmatan.
Sunday, 3 February 2013
Pembukaan Perhentian Baru: Sekolah Batu Marang
Assalamuailaikum. Pada 26hb Januari 2013, Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka telah membukakan satu lagi perhentian baru iaitu Sekolah Rendah Batu Marang.
Majlis pelancaran perpustakaan bergerak tersebut telah diadakan di sekolah tersebut dan diteruskan dengan pertandingan membaca teks jawi.
Saturday, 2 February 2013
Kelas Komputer
Assalamualaikum. Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam akan menganjukan kelas komputer untuk semua ahli-ahli Perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti kelas komputer tersebut dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah mendapatkan borang penyertaan di semua kaunter peminjaman Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh cawangan di Negara Brunei Darussalam.
Kelas komputer ini akan diadakan di semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kelas-kelas komputer yang akan diadakan ialah seperti yang dilampirkan dibawah ini:
Kelas akan dimulakan pada tarikh yang akan diumumkan di kemudian hari.
Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti kelas komputer tersebut dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah mendapatkan borang penyertaan di semua kaunter peminjaman Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh cawangan di Negara Brunei Darussalam.
Kelas komputer ini akan diadakan di semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kelas-kelas komputer yang akan diadakan ialah seperti yang dilampirkan dibawah ini:
NAMA KELAS | HARI | MASA |
Microsoft Powerpoint | Isnin | 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Microsoft Excel | Rabu | 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Microsoft Word | Sabtu | 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Kelas akan dimulakan pada tarikh yang akan diumumkan di kemudian hari.
Saturday, 12 January 2013
Peraduan Menambang Syair dan Medeklamasi Puisi
Assalamualaikum. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan Peraduan Menambang Syair dan Medeklamasi Puisi sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2013 dan dibukakan kepada semua ahli Muda-Mudi dan Kanak-Kanak semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di Negara Brunei Darussalam.
Borang dan syarat-syarat penyertaan bolehlah didapati di semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka dan hendaklah dihantar di mana-mana cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum 15 Februari 2013.
Peraduan Mewarna Logo-Logo Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2013.
Assalamualaikum. Seperti yang telah dijalankan setiap tahun, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan akan mengadakan Peraduan Mewarna Logo-Logo Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2013 yang akan diadakan pada hari Ahad, 24 Februari 2013 di Taman Haji Sir Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Peraduan akan bermula pada pukul 8 pagi.
Peraduan ini dibukakan kepada semua ahli Perkhidmatan Perpustakaan Kanak-Kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Peraduan akan dibahagikan kepada 2 kategori dimana Kategori A untuk mereka yang berumur 6 hingga 9 tahun manakala Kategori B pula untuk mereka yang berumur 9 hingga 12 tahun.
Borang dan syarat-syarat peraduan bolehlah didapati di semua kaunter cawangan peminjaman Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka diseluruh negara. Borang hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum 15hb Februari 2013.
Peraduan ini dibukakan kepada semua ahli Perkhidmatan Perpustakaan Kanak-Kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Peraduan akan dibahagikan kepada 2 kategori dimana Kategori A untuk mereka yang berumur 6 hingga 9 tahun manakala Kategori B pula untuk mereka yang berumur 9 hingga 12 tahun.
Borang dan syarat-syarat peraduan bolehlah didapati di semua kaunter cawangan peminjaman Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka diseluruh negara. Borang hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum 15hb Februari 2013.
Latihan dari Kontraktor e-Library.
Pada 10 Januari 2013, sebahagian dari pegawai dan kakitangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong dan juga Perpustakaan Bergerak telah menerima taklimat ringkas penggunaan peralatan e-Library yang telah dikendalikan oleh kontraktor yang telah dilantik untuk melaksanakan projek e-Library ini.
Mendengar taklimat ringkas daripada salah seorang kontraktor yang dilantik oleh kerajaan tentang penggunaan mesin perkhidmatan peminjaman buku layan diri (self loan book machine).
Salah seorang kontraktor menerangkan penggunaan mesin perkhidmatan pemulangan buku layan diri.
Perkhidmatan peminjaman akan dinaik tarif secara berperingkat kepada sistem baru yang lebih efisien dan teratur dan pengunjung akan diberikan taklimat dan latihan didalam penggunaan mesin-mesin yang disediakan didalam perpustakaan dimasa akan datang sebaik sahaja sistem ini dijalankan secara penuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)