Assalamualaikum. Sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1434, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong akan menutup perkhidmatan perpustakaan lebih awal dari masa yang sedia ada untuk memberi laluan kepada pegawai dan kakitangan perpustakaan untuk menghadirkan diri ke masjid bagi sama-sama mengikuti doa akhir tahun Hijrah dan juga doa awal tahun Hijrah serta sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang akan berlangsung pada hari Rabu, 14 November 2012.
Sehubungan dengan itu, perpustakaan akan ditutup pada pukul 4.30 petang. Dan perpustakaan juga akan ditutup perkhidmatannya sepanjang hari pada 15 November 2012 kerana Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1434.
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong akan dibuka semula seperti biasa pada hari Sabtu, 17 November 2012 pada pukul 9.00 pagi. Sekian harap maklum.
Wednesday, 14 November 2012
Tahun Baru Hijrah 1434
Perjumpaan Kelab Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong sempena Hari Perkampungan 2012
Assalamualaikum. Kelab Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong akan mengadakan perjumpaan pada hari Sabtu, 17 November 2012 bermula pada pukul 2.30 petang hingga pukul 4 petang. Tujuan utama perjumpaan ini diadakan ialah untuk membincangkan aktiviti yang akan dikelolakan oleh Kelab pada Hari Perkampungan 2012 yang akan diadakan pada hari Khamis, 29 November 2012.
Sehubungan dengan itu, Kelab ini ingin menjemput mana-mana ahli sah Muda-Mudi dan Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong yang mempunyai bakat dalam tarian, lakonan atau nyanyian serta ingin mengikuti perjumpaan ini, bolehlah hadir di hari dan masa yang telah ditetapkan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong.
Kepada mereka yang berminat tetapi bukan ahli Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong samaada Muda-Mudi atau Kanak-Kanak, bolehlah mendaftar menjadi ahli semasa waktu perkhidmatan perpustakaan dan pendaftaran adalah percuma. Kepada mereka yang sudah menjadi ahli Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan selain Sengkurong dialu-alukan untuk mengikuti perjumpaan ini tanpa perlu membuat pendaftaran.

Thursday, 8 November 2012
Penempatan Kerja Penuntut BDTEV National Diploma in Information and Library Management.
Assalamualaikum. Bermula dari 3 November 2012 hingga 14 November 2012, seorang pelajar dari Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal yang belajar didalam jurusan BDTVEC National Diploma in Information and Library Management akan ditempatkan di Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Muhamad Zulmuqri bin Haji Tamain / Jamain (kanan) akan ikut bergerak ke persinggahan-persinggahan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.
Peraduan Pidato Memperkasa Budaya Membaca 2012
Pendahuluan
Pidato adalah salah satu media komunikasi yang berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Peraduan ini merupakan kesinambungan dari Peraduan Mari Bercerita yang dihasratkan akan dapat mengumpul remaja/muda-mudi yang berbakat dan berminat, sekaligus membiasakan mereka berpidato, berceramah atau bersyarah di khalayak dengan penuh keyakinan diri.
Peraduan ini akan dianjurkan oleh Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, dicadangkan akan diadakan setiap tahun sempena Hari Kemerdekaan atau sempena Hari Keputeraan sebagai salah satu projek tahunan.
Konsep
1) Dipersembahkan secara solo. Skrip pidato disediakan oleh peserta sendiri berpandukan tema yang ditentukan oleh penganjur.
2) Stail gaya persembahan/penyampaian bebas.
3) Kostum / palaian bebas tetapi kemas, sopan, tidak melanggar tatasusila Negara dan hukum ugama serta adat resam.
Matlamat
Menjadikan remaja/muda-mudi yang pintar, bijaksana, berwibawa, berwawasan, berdaya saing dan cemerlang.
Objektif
1) Menggalakkan remaja/muda-mudi minat membaca.
2) Wadah bagi remaja/muda-mudi dalam melahirkan minat, bakat dan kreativiti.
3) Membina semangat yakin dan percaya diri ketika berhujah di khalayak ramai.
4) Membentuk sahsiah dan personaliti remaja/muda-mudi yang cemerlang dan bijaksana.
Sebarang pertanyaan dan untuk mengetahui maklumat lanjut bagi peraduan ini bolehlah mengunjungi cawangan-cawangan terdekat Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thursday, 1 November 2012
Aktiviti-Aktiviti Interaktif Sempena Cuti Persekolahan Penggal IV untuk Ahli-Ahli Kanak-Kanak dan Muda-Mudi
Subscribe to:
Posts (Atom)