Saturday, 3 December 2011

Hari Kedua Sesi Pagi: Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV 2011

Assalamualaikum. Hari kedua bagi Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV yang dikelolakan oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong bermula hari ini dengan Teka-Teki untuk ahli Kanak-Kanak di sesi pagi.

Aktiviti Teka-Teki untuk ahli-ahli Kanak-Kanak dikelolakan oleh Hajah Piah binti Haji Samsudin.

Antara ahli-ahli yang hadir semasa hari kedua Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV 2011.

Setiap mereka yang mengikuti aktiviti ini diberikan kertas soalan yang mengandungi teka-teki peribahasa dan perlu dijawab dalam masa satu jam dan 30 minit.

Ahli-Ahli Kanak-Kanak mencuba menjawab soalan teka-teki yang diberikan.

Ahli-Ahli yang berjaya mendapatkan markah tertinggi dari aktiviti ini diberikan hadiah kerana usaha mereka. Hadiah disampaikan oleh Hajah Asmi binti Ladiman, Ketua Cawangan Perpustakaan Sengkurong.

Izzah Syazwani binti Muhammad Jusri memenangi tempat pertama.

Salwa Farzana binti Moksin memenangi tempat kedua.

Sharifah Hayati binti Haji Seriji memenangi tempat ketiga.

Antara yang menerima hadiah saguhati sumbangan Hajah Piah binti Haji Samsudin.

Hari Kedua untuk Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV Tahun 2011 akan bersambung pada sebelah petang. Kepada mereka yang tidak berjaya meraih hadiah disediakan, sila cuba lagi pada hari ketiga iaitu pada 5hb Disember 2011.

No comments:

Post a Comment

#navbar { height: 0px; visibility: hidden; display: none; }