Pada Cuti Penggal Persekolahan IV iaitu pada Hari Sabtu 9 Disember 2010 Seramai 30 orang ahli-ahli Perkhidmatan Perpustakaan Muda Mudi dan Kanak-Kanak Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong beserta beberapa orang pegawai dan staf Perpustakaan DBP Sengkurong telah mengadakan lawatan sambil menambah pengetahuan mereka ke Biro Kawalan Narkotik Jalan Tungku. Di sini para ahli perpustakaan telah diperkenalkan berbagai jenis dadah dan keburukannya melalui slaid yang dipertunjukkan. Lawatan dilanjutkan ke ruang Pameran Anti Dadah dan keburukan-keburukan disebalik pengambilan dadah-dadah tersebut. Ahli-ahli juga dibawa ke ruang bilik tahanan sementara dimana menempatkan pengguna maupun yang disyaki terlibat dengan dadah .
Gambar-gambar berikut akan menceritakan kesemuanya~
:)
No comments:
Post a Comment