Saturday, 26 March 2011

TAHNIAH ! ~ MAJLIS PERKAMPUNGAN PERPUSTAKAAN 2011

Assalamualaikum.~ Di sini kami ingin mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Perkhidmatan Perpustakaan Muda Mudi dan Kanak-kanak Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong di atas kejayaan mendapat tempat ke 2 di acara persembahan Taridra Lela Menchanai  sewaktu Majlis Perkampungan Perpustakaan 2011 yang telah diadakan di tapak perkhemahan Hutan Simpan Berakas pada Sabtu, 19 Mac 2011 yang lalu. Di sini dipamerkan beberapa sketsa persembahan tersebut~






Persembahan taridra Lela Menchanai~


dan ucapan Tahniah dan Syabas kepada dua orang ahli Perkhidmatan Perpustakaan Muda Mudi Sengkurong yang telah berjaya di Pertandingan Menambang Syair dan Mendeklamasi Puisi yang telah diadakan pada Hari Khamis 24 Mac 2011dimana Nurul Hamizah bte Hamdan telah menyandang tempat kedua bagi Menambang Syair sementara Siti Julaiha bte Puasa juga telah mendapat tempat kedua bagi Mendeklamasikan Puisi.  Berikut sedutan persembahan mereka pada hari tersebut~



Nurul Hamizah Hamdan pemenang kedua dalam peraduan Menambang Syair~
Hj Md Abd Al-Azimin Hj Said menerima sijil & saguhati bagi Menambang Syair
Julaiha Puasa pemenang kedua Mendeklamasi Puisi~
Nor Wahidah Harun peserta mendeklamasikan puisi sedang menerima sijil & saguhati~
Faten Shamimi Abd Rahman peserta menerima sijil & saguhati bagi mendeklamasikan pusi~

dan pada ahli-ahli Perpustakaan Muda Mudi Sengkurong yang mendapat tempat saguhati, Tahniah dan Syabas juga dan jangan berputus asa~ Cuba lagi tahun hadapan.

Saturday, 5 March 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN PERCETAKAN

Pada Hari Khamis 16 Disember 2010, ahli-ahli Perpustakaan Muda Mudi dan Kanak-Kanak Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Percetakan Kerajaan Lapangan Terbang Lama, Berakas. Kami telah diterangkan dan dibawa melawat ke tempat-tempat mencetak dan memproses buku-buku juga akhbar tempatan~










































































#navbar { height: 0px; visibility: hidden; display: none; }