Tuesday, 12 November 2013
Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV 2013
Assalamualaikum. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV 2013 yang akan diadakan pada 4 Disember 2013 hingga 11 Disember 2013. Aktiviti ini dibukakan kepada ahli Muda-Mudi dan ahli Kanak-Kanak yang berdaftar di mana-mana Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Perpustakaan juga akan mengadakan Bengkel Cerita Berkumpulan untuk ahli Muda-Mudi sepanjang aktiviti diadakan bermula pada 5hb Disember 2013 sehingga 9 Disember 2013. Ahli Muda-Mudi bolehlah mendaftar untuk mengikuti bengkel tersebut di SINI atau mengambil borang pendaftaran di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong.
Lawatan Kerja dari Sekolah Rendah Sahibul Bandar Mata-Mata, Gadong.
Assalamualaikum. Pada 30hb Disember 2013, 18 orang tenaga pengajar dari Sekolah Rendah Sahibul Bandar, Mata-Mata, Gadong telah membuat lawatan kerja ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong.
Sebahagian daripada guru-guru yang mendaftar untuk menjadi ahli Perpustakaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)