Thursday, 28 February 2013

Jadual Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan Penggal 1 2013


Peraduan Mencipta Perisian Membaca Dalam Multimedia










































Assalamualaikum. Dewan Bahasa dan Pustaka dibawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mengadakan Peraduan Mencipta Perisian Membaca Dalam Multimedia sempena Memperkasa Budaya Membaca Tahun 2013. Peraduan ini adalah sebagai salah satu usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menyediakan prasarana melalui berbagai medium yang berbeza untuk menggalajjan membaca dalam kalangan masyarakat Brunei demi menyahut cabaran alaf baru di era globalisasi ini.

Pemenang pertama bagi peraduan ini akan menerima wang tunai sebanyak BND 3,000. Bagi pemenang kedua pula ialah wang tunai sebanyak BND 2,000 dan bagi pemenang ketiga pula ialah wang tunai sebanyak BND 1,000.

Mereka yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai peraduan ini, bolehlah mendapatkan borang penyertaan di kaunter peminjaman di setiap cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di Negara Brunei Darussalam atau bolehlah mendapatkannya di SINI. Tarikh akhir bagi mengembalikan borang dan juga perisian ialah pada 30 Mac 2013.

Saturday, 16 February 2013

Perkhemahan Dan Aktiviti Outward Bound Brunei 2013

Assalamualaikum. Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan aktiviti yang disebutkan diatas pada cuti penggal persekolahan pertama 2013 selama 2 hari 1 malam, bermula pada 18hb Mac 2013 hingga 19hb Mac 2012 di Perkhemahan Outward Bound Brunei Darussalam, Kuala Belalong, Daerah Temburong.

Aktiviti ini dibukakan kepada semua ahli Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka seluruh negara. Borang untuk menyertai aktiviti tersebut bolehlah diperolehi dari kaunter-kaunter Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh cawangan. Setiap peserta dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu sebanyak BND20.00 dan tarikh akhir bagi mengembalikan borang pendaftaran ialah 17hb Februari 2013.

Kepada yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti ini bolehlah terus ke kaunter Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka yang terdekat semasa waktu perkhidmatan.

Sunday, 3 February 2013

Pembukaan Perhentian Baru: Sekolah Batu Marang

Assalamuailaikum. Pada 26hb Januari 2013, Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka telah membukakan satu lagi perhentian baru iaitu Sekolah Rendah Batu Marang.

NAZ_0491
Majlis pelancaran perpustakaan bergerak tersebut telah diadakan di sekolah tersebut dan diteruskan dengan pertandingan membaca teks jawi.

Saturday, 2 February 2013

Kelas Komputer

Assalamualaikum. Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam akan menganjukan kelas komputer untuk semua ahli-ahli Perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti kelas komputer tersebut dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah mendapatkan borang penyertaan di semua kaunter peminjaman Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh cawangan di Negara Brunei Darussalam.

Kelas komputer ini akan diadakan di semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kelas-kelas komputer yang akan diadakan ialah seperti yang dilampirkan dibawah ini:

NAMA KELAS HARI MASA
Microsoft Powerpoint Isnin 2.00 Petang - 4.00 Petang
Microsoft Excel Rabu 2.00 Petang - 4.00 Petang
Microsoft Word Sabtu 2.00 Petang - 4.00 Petang

Kelas akan dimulakan pada tarikh yang akan diumumkan di kemudian hari.
#navbar { height: 0px; visibility: hidden; display: none; }