Saturday, 12 January 2013

Peraduan Menambang Syair dan Medeklamasi Puisi

Assalamualaikum. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan Peraduan Menambang Syair dan Medeklamasi Puisi sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2013 dan dibukakan kepada semua ahli Muda-Mudi dan Kanak-Kanak semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di Negara Brunei Darussalam.

Borang dan syarat-syarat penyertaan bolehlah didapati di semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka dan hendaklah dihantar di mana-mana cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum 15 Februari 2013.

Peraduan Mewarna Logo-Logo Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2013.

Assalamualaikum. Seperti yang telah dijalankan setiap tahun, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan akan mengadakan Peraduan Mewarna Logo-Logo Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2013 yang akan diadakan pada hari Ahad, 24 Februari 2013 di Taman Haji Sir Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Peraduan akan bermula pada pukul 8 pagi.

Peraduan ini dibukakan kepada semua ahli Perkhidmatan Perpustakaan Kanak-Kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Peraduan akan dibahagikan kepada 2 kategori dimana Kategori A untuk mereka yang berumur 6 hingga 9 tahun manakala Kategori B pula untuk mereka yang berumur 9 hingga 12 tahun.

Borang dan syarat-syarat peraduan bolehlah didapati di semua kaunter cawangan peminjaman Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka diseluruh negara. Borang hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum 15hb Februari 2013.

Latihan dari Kontraktor e-Library.

Pada 10 Januari 2013, sebahagian dari pegawai dan kakitangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong dan juga Perpustakaan Bergerak telah menerima taklimat ringkas penggunaan peralatan e-Library yang telah dikendalikan oleh kontraktor yang telah dilantik untuk melaksanakan projek e-Library ini.

IMG_0212
Mendengar taklimat ringkas daripada salah seorang kontraktor yang dilantik oleh kerajaan tentang penggunaan mesin perkhidmatan peminjaman buku layan diri (self loan book machine).

IMG_0219
Salah seorang kontraktor menerangkan penggunaan mesin perkhidmatan pemulangan buku layan diri.

Perkhidmatan peminjaman akan dinaik tarif secara berperingkat kepada sistem baru yang lebih efisien dan teratur dan pengunjung akan diberikan taklimat dan latihan didalam penggunaan mesin-mesin yang disediakan didalam perpustakaan dimasa akan datang sebaik sahaja sistem ini dijalankan secara penuh.
#navbar { height: 0px; visibility: hidden; display: none; }