Assalamualaikum. Sempena dengan Cuti Penggal Persekolahan yang akan bermula pada 1hb September 2012, pihak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong ingin memaklumkan bahawa tiada aktiviti untuk ahli Muda-Mudi dan ahli Kanak-Kanak akan diadakan.
Ini kerana, sebahagian daripada ahli Muda-Mudi dan juga ahli Kanak-Kanak akan menghadapi peperiksaan besar yang akan diadakan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, pihak perpustakaan mengalu-ngalukan mereka yang ingin mengadakan perbincangan dan belajar secara berkumpulan kepada mereka yang akan menghadapi peperiksaan dengan menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong.
Pihak perpustakaan juga mengalu-ngalukan mereka yang ingin menghabiskan cuti penggal persekolahan dengan mengunjungi perpustakaan dan membaca buku-buku yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan.
Aktiviti-Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan untuk ahli Muda-Mudi dan Kanak-Kanak akan berlangsung seperti biasa pada cuti penggal persekolahan seterusnya iaitu pada bulan Disember.. Sekian, harap maklum.