Assalamualaikum. Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Peraduan Mewarna Logo-Logo Hari Kebangsaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-28 tahun.
Peraduan akan diadakan pada 26hb Februari 2012 (Ahad) di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Peraduan bermula pada pukul 8.00 pagi.
Tujuan peraduan ini diadakan ialah untuk membentuk generasi kanak-kanak yang sentiasa mendampingi perpustakaan untuk mencari dan menimba ilmu. Menjadikan golongan kanak-kanak terlatih untuk hidup berorganisasi dan mematuhi segala perintah dan arahan. Selain itu, untuk membentuk sahsiah dan personaliti kanak-kanak yang berwawasan, komited dan berdaya saing dalam segenap lapangan serta menanamkan semangat cinta kepada bangsa dan negara di kalangan kanak-kanak.
Borang-borang untuk mengikuti peraduan ini bolehlah didapati di cawangan perpustakaan yang berhampiran dan setiap peserta hendaklah menjadi ahli kepada Perkhidmatan Perpustakaan Kanak-Kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayan Belia dan Suka, Negara Brunei Darussalam.
Thursday, 12 January 2012
Peraduan Mewarna Logo-Logo Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
Perpustakaan Bergerak ke Sekolah Rendah Kasat.
Thursday, 5 January 2012
Peraduan Mari Bercerita 2012
Assalamualaikum. Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan pertandingan Mari Bercerita bagi tahun 2012 yang dibukakan kepada Ahli Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh negara.
Tujuan.
1) Memupuk semangat membaca di kalangan kanak-kanak.
2) Menjadikan gambar sebagai sumber inspirasi, imaginasi, inisiatif dan kreativiti semasa menyampaikan cerita.
3) Melahirkan idea dan pemikiran secara spontan dan membiasakan kanak-kanak petah dan lancar dalam menyampaikan cerita.
4) Menyediakan arena latihan kepada kanak-kanak supaya berani di khalayak ramai.
Borang untuk menyertai pertandingan ini bolehlah diambil di setiap sekolah rendah dan hendaklah dihantar tidak lewat pada Hari Khamis, 2 Februari 2012 dan dihantar ke cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka terdekat.

Wednesday, 4 January 2012
Bengkel Pengurusan Jenazah bagi Ahli Muda-Mudi
Assalamualaikum. Pada 27hb Disember 2011, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Pusat di Bandar Seri Begawan telah menjemput semua Ahli Muda-Mudi dari seluruh cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri Bengkel Pengurusan Jenazah.
Bengkel di kelolakan oleh Haji Mohd. Burhanuddin bin Haji Damit, Imam Masjid Kampong Pulaie.
2 ahli Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong yang mengikuti bengkel ini, Haji Muhd. Abd. Mukmin bin Haji Said dan Abdul Qudus bin Ali Yakub.
Subscribe to:
Posts (Atom)