Pada Hari Ahad 18 Safar 1432 bersamaan dengan 23 Januari 2011, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong telah mengadakan acara walkaton dan senamrobik bersama Menteri Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan iaitu Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair Bin Haji Abdullah. Turut serta di acara tersebut ialah Timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian, Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai dan Staf di bawah Kementerian dan Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong dan masyarakat permukiman Sengkurong.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang telah disempurnakan bacaannya oleh Yang Mulia, Pg Amiruddin bin Pg Haji Tajuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid Mukim Sengkurong.
Acara senamrobik beramai-ramai di sekitar kawasan letak kerita Bangunan Perpustakaan DBP Sengkurong dan seterusnya memulakan acara walkathon sejauh 4 km bermula dari Perpustakaan DBP Sengkurong dan berakhir di tempat yang sama.
Berikut adalah sedutan peristiwa acara tersebut~