Thursday, 1 September 2016
Jadual Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal II 2016
Tamat Latihan Penempatan.
Assalamualaikum. Sekali lagi 2 orang pelajar dari Politeknik Brunei telah menamatkan latihan penempatan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong pada 31hb Ogos 2016.
Bersama dengan sijil tamat latihan penempatan.
Saturday, 2 April 2016
Lawatan ke Pusat Penemuan Minyak dan Gas, Seria
Pada 31hb Mac 2016, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong telah mengadakan satu rombongan lawatan ke Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) di Seria. Lawatan diadakan bersempena dengan Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal I 2016 dan diadakan pada penghujung aktiviti. Seramai 10 orang Ahli Kanak-Kanak dan 3 orang kakitangan Perpustakaan telah mengikuti lawatan tersebut.
Membeli tiket kemasukan di kaunter tiket.
Sunday, 21 February 2016
Monday, 15 February 2016
Tuesday, 9 February 2016
Kempen Promosi Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di Sekolah Ugama PAP Majeedah Nurul Bolqiah (Pagi)
Pada 9hb Februari 2016, Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak telah mengadakan Kempen Promosi perkhidmatan tersebut di Sekolah Ugama PAP Majeedah Nurul Bolqiah (pagi). 63 orang murid-murid dan 9 orang guru telah menghadiri acara tersebut.
Sebahagian dari yang hadir yang mengikuti acara tersebut.
Sunday, 7 February 2016
Tamat Penempatan Bekerja
Assalamualaikum.
Dua pelajar dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain telah menjalani Program Latihan Penempatan Kerja selama 19 hari di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong dan juga Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa Brunei Muara dan Pustaka bermula pada 18hb Januari 2016 sehingga 6 Februari 2016.
Dua pelajar dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain telah menjalani Program Latihan Penempatan Kerja selama 19 hari di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong dan juga Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa Brunei Muara dan Pustaka bermula pada 18hb Januari 2016 sehingga 6 Februari 2016.
Menerima sijil tamat Program Latihan Penempatan Kerja yang telah diserahkan oleh Ketua Unit Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong dan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Muara, Hajah Isisah binti Haji Sulaiman.
Subscribe to:
Posts (Atom)