Assalamualaikum. Pada 6hb Disember 2014, Kelab Ahli Muda-Mudi dan Ahli Kanak-Kanak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Kaji Cuaca bersempena dengan Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal IV 2014. Seramai 27 orang Ahli Kanak-Kanak dan 6 orang Ahli Muda-Mudi telah menyertai lawatan tersebut.
Mendengar penerangan ringkas sebelum memulakan perjalanan dari salah seorang Pegawai Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong.