Assalamualaikum. Pada 26hb September 2013, Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka telah dijemput ke Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam bagi sama-sama menjayakan dan menyambut bulan celik untuk menggalakkan pelajar-pelajar kita untuk meneroka dan mengembara ke dunia buku.
Sebuah bas dari Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak telah dijadualkan untuk memenuhi permintaan dari pusat tersebut. Sebelum bermulanya majlis, pegawai dan kakitangan dari Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sengkurong telah dipelawa untuk melawat bilik perpustakaan pusat tersebut.
Salah seorang tenaga pengajar pusat tersebut memberi penerangan ringkas berkaitan bilik perpustakaan tersebut.