Assalamualaikum. Perpustakaan Dewan Bahasa & Pustaka Sengkurong
akan mengadakan aktiviti yang tersebut di atas semasa cuti persekolahan
bulan Mac 2012. Aktiviti akan bermula pada 17hb Mac 2012 hingga 24 Mac 2012 dan terbuka kepada semua ahli-ahli kanak-kanak &
muda-mudi Perpustakaan Dewan Bahasa & Pustaka Sengkurong.
Aktiviti-aktiviti
yang dikendalikan oleh Perpustakaan DBP Sengkurong ini dihasratkan
untuk membuka minda dan pembentukan sahsiah diri kanak-kanak dan para
remaja bagi menanamkan sifat minat membaca, mendekati perpustakaan,
disiplin diri & sikap bersopan santun. Ahli kanak-kanak &
muda-mudi Perpustakaan DBP Sengkurong bolehlah merujuk jadual aktiviti
dibawah:
Tarikh | Aktiviti Ahli Kanak-Kanak | Aktiviti Ahli Muda-Mudi |
17hb Mac 2012 | Taklimat & Kuiz Tradisi | Taklimat & Bijak IQ |
19hb Mac 2012 | Kraftangan | Bengkel Grafitti |
20hb Mac 2012 | Mewarna A & B | Bengkel Grafitti |
21hb Mac 2012 | Bina Kata | Bengkel Grafitti |
22hb Mac 2012 | Lawatan | Lawatan |
24hb Mac 2012 | Lawatan Karangan | Karangan Lawatan |
Aktiviti Ahli Kanak-Kanak akan bermula pada sebelah pagi
iaitu pada pukul 9 pagi manakala Aktiviti Ahli Muda-Mudi bermula pada
waktu petang iaitu pada pukul 2 petang.
Untuk
keterangan lanjut, abiskita boleh berjumpa dengan pegawai bertugas di
kaunter Perpustakaan DBP sengkurong. Kepada mereka yang ingin mengikuti
aktiviti-aktiviti yang diadakan ini dan belum lagi menjadi ahli
Perpustakaan DBP Sengkurong, bolehlah mendaftarkan keahlian di
Perpustakaan DBP Sengkurong semasa waktu operasi. Sekian.
KELUARGA RIANG, MASYARAKAT CEMERLANG, NEGARA TERBILANG.