Assalamualaikum. Pada 12hb Februari 2012 yang lepas, ahli Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong telah dijemput untuk menghadiri Upacara Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2012 sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-28 tahun.
Acara diadakan di hadapan kawasan lapang Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddien Waddaulah di Bandar Seri Begawan.
Ahli-ahli Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka yang menghadiri upacara tersebut.
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli Muda-Mudi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong yang berkesudian menghadiri upacara gilang-gemilang tersebut.